Monday, 30 May 2011

Perempuan ini dan kamu....

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Perempuan ini berhati lembut (degil, kasar tapi hati lembut ya)
Perempuan ini pernah membahagiakn kamu (ye ke?)
Perempuan ini pernah membuatmu tersenyum (betul ke?)
Perempuan ini yang pernah bimbang kepadamu (yang ni betul)
Perempuan ini jarang sekali bercakap dengan lelaki
(message x, telefon x, cakap depan pun x) (sebelum mengenali kamu)
Perempuan ini jadi ceria dengan kehadiran kamu (betul, betul, betul)
Perempuan ini banyak mengalirkan air mata kerana kamu (betul, memang betul, sah betul)
Perempuan ini mengharapkan kamu menjadi suaminya 
(macam x percaya ini jadi sebahagian harapan)
Perempuan ini mengharapkan hadirnya nasihat darimu
(bila nampak kesalahan diri, tegurlah)
Perempuan ini mengharapkan kata-kata semangat darimu
(walau kamu anggap ia kecil tapi ia bernilai)
Perempuan ini menjadikan kamu sebagai kekuatannya (boleh x?)
tapi perempuan ini mengharapkan apabila dia kehilangan kamu, 
dia tetap kuat untuk menghadapinya
Perempuan ini merindui kamu
Perempuan ini mengingati kamu
tapi perempuan ini tidak mahu merindui dan mengingati kamu lebih drpd penciptanya
Perempuan ini mengharapkan kehadiran kamu di sisinya
tapi kamu tidak boleh berada disisinya sekarang 
kerana kamu dan dia belum halal
Perempuan ini pilu melihat akhawat lain berpegangan tangan dgn ajnabi
Perempuan ini harap dirinya dan diri kamu tidak seperti itu
Perempuan ini cemburu bila lihat org lain bermesra dgn lelaki,
x kiralah siapa lelaki itu dgn perempuan itu
(jujur, maka jgnlah bermesra depan perempuan ini)
Perempuan ini rasa dia tidak berhak cemburu kepada kamu
kerana kamu dan dia belum ada apa-apa hubungan
Perempuan ini rasa sangat cemburu apabila kamu berbicara dengan perempuan lain
tapi perempuan ini ingin bersangka baik,
kamu cakap soal tugasan kan?
Perempuan ini ingin menjaga hatinya
Perempuan ini sedang menjaga hatinya
Perempuan ini berusaha menjaga hatinya
Perempuan ini ingin kamu yang soleh
Perempuan ini tidak sempurna
Perempuan ini tahu kamu tidak sempurna
(mana ada manusia sempurna)
Jadi perempuan ini tidak mahu ketidaksempurnaan itu menjadi lebih tidak sempurna
Perempuan ini tahu Allah sedang mengujinya dengan kehadiran kamu
Perempuan ini akan terus berdoa agar yang terbaik untuk diri kamu dan dirinya...


~penat berfikir, selesai berfikir, 10.40 malam, 29.5.2011~


والله أعلام


note-'kamu' di sini tidak dispesifikasikan kepada sesiapa......

Saturday, 28 May 2011

Petua Untuk Hati


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
setelah beberapa peristiwa yg berlaku pada diri ini pada mggu lepas..segalanya menyedihkn..perit untuk diterima..tpi kesabaran itu pasti indah..walau hikmah keperitan tu datang sgt lambat...diri ini pasti, mesti apa yg Allah tetapkan itu ada hikmahnya... amalkan selagi boleh...
Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
والله أعلام

Wednesday, 25 May 2011

Kisah cinta Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahrah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
 والله أعلام

Saturday, 14 May 2011

Kebaikan apabila mula memaafkan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


1. mengurangkan stress
    ~kajian mendapati dendam yg selalu disimpan secara mental dapat membuat ketegangan atau stress dan otot2 akan menegang, tekanan darah tinggi meningkat dan peluh berlebihan.


2. kesihatan jantung bertambah baik
    ~kajian juga mendapati dgn memaafkan dpt memperbaiki tekanan darah dan denyutan jantung. semakin rendah tingkat kemarahan yg dipendam, maka akan bertambah baik juga fungsi jantung anda.


3. hubungan menjadi lebih kuat
    ~dgn sifat pemaaf dpt membuat hubungan bertahan lebih lama. tetapi jika sifat keras kepala dan egois selalu ditunjukkan, maka sebuah perhubungan akan terputus di pertengahan jalan.


4. mengurangkan rasa sakit
    ~marah dan dendam adlh sifat yg negatif dan mengganggu kesihatan. untuk mengatasinya ialah dgn cara memaafkan. ia dpt membantu mengurangkan rasa sakit dan rasa tegang jika dibandingkan dgn terapi kesihatan biasa yang lain.


والله أعلم

Tuesday, 10 May 2011

bangun kerana cinta...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


"Tidaklah tumbuh rasa cintaku kepada seseorang dengan sendirinya…
pasti ada sesuatu yg membuatku merasakan seperti ini
sesuatu yg ada pada dirimu saat aku pertama mengenalmu?
mungkinkah?.. Aku jatuh Cinta?

Tidak..sama sekali tidak.. karena jatuh bukanlah "posisi" yang baik
bagaimana mungkin aku bisa menggapaimu jika dalam posisi terjatuh?
melainkan sebaliknya..Aku Bangun Cinta.."



terbaca ayat ni kat fb...hehe suka ayat 'bangun cinta'... yeb kita perlu bangun.. bangun kerana mecintainya... bangun dan berubah...
tapi jgn lah hanya bangun dan berubah semata2 kerananya tapi iringlah setiap langkah dgn keredhoan Ilahi...
x salah ada rasa cinta, kasih, sayng..ia fitrah manusia..cuma kendalikanlah ia sebaik mungkin agar tidak berlaku perkara mungkar...



kata-kata buat diri dan kepada orang yang mengasihi


Jika rindukan aku,rindukanlah akan rasulmu..
Jika sayangi aku,sayangilah akan saudaramu..
Jika suka aku,perbaikilah amalanmu..
Jika cinta aku,cintailah Tuhanmu..


~kata-kata cinta buat sang kekasih~





Monday, 9 May 2011

cinta kerana Allah

CINTA KERANA ALLAH.. 


بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته





















Sering aku mendengar kata ini "Cinta",
Bahkan mungkin sejak masih hingusan.
Tapi kata "Cinta kerana Allah"
Aku baru mendengarnya saat menapaki jinjang pencarian ilmu...
Lalu seperti apa "Cinta kerana Allah" itu?
...

Jika sekarang aku mengatakan
"Sahabatku, aku mencintaimu kerana Allah",
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…
Maka akan aku katakan "Aku mencintaimu kerana Allah"…
Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu ...
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah ...
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu ...
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu ...
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu ...
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh ...
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu ...
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu ...
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu ...
Ketika aku menjaga rahsiamu ...
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan ...
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan ...

Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….

Sahabatku, apa kau juga "mencintaiku kerana Allah"?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
Amin.

Nabi SAW bersabda :
"Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata "Amin", Dan engkau akan mendapatkan yang serupa." (Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)

Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman :
"KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu" ... (Riyadhus Salihin)