Saturday, 23 April 2011

couple...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

BERCOUPLE DENGAN SAHABAT
OLEH : HILAL ASYRAF
MAJALAH ANIS, BILANGAN 158

Semasa saya m’berikan perkongsian di sebuah sek. Men. Agama, seorg pelajar perempuan melontarkn soalan : “bagaimana sya nak menegur kawan permpuan yg ber’couple’?” Saya tersenyum. Sya soal semula kpd dia : “kamu ber’couple’ tak dgn kwn prmpuan kamu itu?” Apakah maksud saya?
‘COUPLE’ DAN LOMPONG KASIH SAYANG
Seseorg itu ber’couple’ krna lompong kasih syg yg wujud di dlm jiwanya terisi. Ungkapan2 syg, hadiah2 yg mengisi kasih, momen2 indah yg tak dpt dilupakn, ambil berat dan pemberian perhatian, serta byk lgi perkara yg didahagakn oleh fitrah manusia…itulah yg mmbawa kpd bersatunya dua manusia di atas nama ‘couple’.
Di sinilah timbul persoalan. Kalau anda tdk suka kawan anda ber’couple’, mengapa bkn anda yg mengisi lompongan yg ada di dlm jiwanya itu?
Kita ini hakikatnya tidak cinta dgn sahabat kita secinta-cintanya. Kita tak ambil berat fasal dia. Tanya khabar pun tidak. Ungkap syg jauh sekali. Hadiah jgn cerita, lgi tak diberi. Ulang tahun kelahirannya pun tak tahu bila hari. Berjumpa pun tak bertukar senyum. Peluk kasih pun tak pernah.
Kemudian apabila sahabat kita terjerumus ke lembah kekotoran, menumpang kasih kpd manusia yg hendak memberikannya kasih, kita menghina-hinanya.
Persoalan sekarang, mengapa sampai dia perlukan kasih syg org lain hingga tak kenal halal haram? Kenapa kita, sahabatnya yg halal ini, tak mengisi kehidupannya.
Bagaimana ukhuwah kita dgnnya? Adakah kita tlh memenuhi hak2nya? Adakah kita membina jambatan hati dgnnya? Adakah kita mendoakannya?  
APABILA WUJUD KEAKRABAN
Kecenderungan untuk seseorg itu ber’couple’ apabila lompong kasih syg di dlm jiwanya tlh terisi adalh sgt tipis. Tetapi masih ada juga yg tlh kita berikan kasih syg, dan dia juga merasa kasih kpd kita , tetapi dia ber’couple’. Masih ada. Bukan saya kata tidak ada. Namun ada beza.
Ada beza antara dia ber’couple’ dan kita tidak akrab dgnnya, dan dia ber’couple’ dlm keadaan  kita akrab dgnnya. Bezanya adlh, kita lebih mudah hendak menegurnya. Kita lebih mudah hendak menyedarkannya. Hal ini kerana, kita dgn dia saling mengasihi. Kita adalah sahabatnya yg terbaik.  
Kita memberikannya hadiah pada hari lahirnya, kita prihatin dgnnya, kita ungkapkan syg kita kpdnya, kita belanja dia mkn, kita sentiasa bersama dgnnya, dan berbagai2 lagi yg kita lakukn untuk mmbina jmbatan hati antara kita dgnnya. Mustahil dia tidak membuka hati mendengar bicara kita. Apatah lagi, kita berhikmah dgnnya.

SATU CERITA SAYA
Satu ketika, seorg junior saya ber’couple’. Ya, apabila mendengar dia ber’couple’, hati mmg sedih. Namun Alhamdulillah, saya selama ini menjaga hubungan dgnnya. Bahkan berusaha merapatinya serapat yg mgkin. Pada hari ulang tahunnya, saya berikan dia hadiah. Apabila lapang, saya bertanya khabar. Ada peluang, saya belanja makan. Ada masa, saya ziarah rumahnya.
Apabila mendengar dia ber’couple’, saya mengajaknya duduk lepak2. Kami bersembang pelbagai perkara. Bertepuk tampar bersama apabila bercanda. Diam bersama apabila mengenang sesuatu yg mgkn sentimental.
Apabila melihat peluang yg sesuai mengutarakan isu dia ber’couple’, saya berkata : “ana dengar, anta ada cerita hot.” Dia tersengih. “Apa yg hot-hot ni?”
“siapa nama dia tu? Timah (bukan nama sebenar)? Senah (bukan nama sebenar)?” Saya bergurau. Sedangkan saya tahu nama sebenar ‘couple’nya itu. Dia ketawa. “umairah (bukan nama sebenar),bro.”
Saya mmbiarkn dia bercerita itu dan ini berkenaan ‘couple’nya. Saya juga menyoal-nyoal beberapa soalan, seperti “orgnya mcm mana?”, “asal mana?” dan begitulah kami bersembang2.
Apabila dia berhenti menceritakan ‘couple’nya itu, saya berkata kpdnya, “anta rasa, org mcm dia blh didik anak2 anta?”
Dia diam. Dan saya berkata, “ana tak kenal dia. Ana bukan nak hitung ‘couple’ anta. Ana cuma nak anta yg hitung dia. Anta kenal dia, kan? Dah pernah sembang, kan? Dah pernah jumpa, kan? Cuba anta fikir panjang2.”
Dia tersengih. Diam lama. Kami diam bersama lama malam itu. Kemudian kami bersembang lagi. Saya membicarakan seputar keredhaan Allah dlm hidup, bagaimana membina keluarga, konsekuensi apabila dasar cinta itu tidak benar dan sebagainya. Dia mendengar dan sekali-sekala memberikan pendapat.
Akhirnya dia bersuara, “ana sebenarnya rasa tak senang juga dgn benda ni.” Kemudian dia menceritakan ketidaksenangannya, keresahannya, kegelisahannya, kerisauannya. Saya membiarkn dia menceritakan semuanya. Dia rupanya buntu mencari jalan keluar dan tak mampu mengeluarkan dirinya dari suasana itu.
Maka saya memberikannya semangat, tip dan pandangan. Akhirnya…
“Bro, anta bagi tahu mak ana boleh? Katakan, ana tak ‘couple’ dah. Esok ana sms dia minta hentika hubungan kami.” Itu konklusi yg dia buat sendiri.
 Dan saya diam sambil tersenyum. “kalau anta rasa itu yg terbaik, insya-Allah ana bagi tahu mak anta. Mesti dia gembira.” Itulah cerita saya dgn sahabat saya itu.
Saya kira, kalau selama ini jambatan hati itu tidak saya bina, mustahil dia boleh mendengar apa yg saya utarakan kepadanya pada pukul tiga pagi itu. Pastinya dia boleh memberikan 1001 alasan untuk meninggalkan saya pukul tiga pagi itu. Pastinya dia boleh sahaja memarahi saya agar tidak sibuk dgn urusan peribadinya.
Tetapi jambatan hati + uslub (cara) menegur + doa kpd Allah, itu ialah formula yg mustajab. Sepatutnya, kita mampu melakukan ini. Hal ini kerana kita ‘couple’nya yg halal sblm dia beristeri atau dalam kes perempuan, dia bersuami.
KITA ISI HATINYA
Maka di sinilah kita perlu melihat. Setiap org ada masalahnya. Klu org jauh, blhlah kita usahakn menegur melalui artikel dan sebagainya. Tetapi sahabat kita, yg tggl dgn kita, yg hidup dgn kita, yg sekelas dgn kita, masakn kita tak boleh usahakn lbh drpd sekadar teguran?
Manusia perlukan sentuhan. Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kpdnya bahawa kita syg kpdnya? Dan pernahkah kita membuktikan syg kita itu kpdnya?
Kalau sekadar menyebut firman Allah S.W.T., “dan jgnlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adlh satu perbuatan yg keji dan satu jln yg jahat (yg membawa kerosakan).” (al-israk: 32), semua org blh.
Persoalannya, siapa yg betul2 berusaha membimbing sahabatnya dlm hal “Dan jgnlah kamu menghampiri zina?”
Maka, sekarang, baik mula ber’couple’ dgn sahabat sendiri. Isi kelompongan hatinya. Dan insya-Allah, kelompongan hati kita juga terisi.











No comments:

Post a Comment